Monday, October 20, 2008

Bestnya buku nie...




HIJAB SANG PENCIPTA

penulis :RAMLEE AWANG MURSYID
harga : RM 19.90
helaian :.... halaman


Hijab Sang Pencinta.. merupakan buku kesinambungan(last ending) daripada Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu yang ditulis oleh RamleeAwang Mursyid... Sinopsis??? lain kali cerita k.


CINTA SANG RATU
penulis :RAMLEE AWANG MURSYID
harga : RM 19.90
helaian :572 halaman

Sinopsis : CINTA SANG RATU
Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani?

Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
ujana mata memandang, seluas langit terbentang.
tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku. saya tetap mencintai dan menyayangi awak"

Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisah perkelahian di langit yang berkaitan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta.

BAGAIKAN PUTERI
penulis : RAMLEE AWANG MURSHID
harga : RM19.90
helaian : 560 halaman

Sinopsis :
Haryani dan Laksamana Sunan...
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

created by: nur samaniah (024032)

Thursday, October 16, 2008

SEJATIAN'S

KENANGAN BERSAMA KALIAN TIDAK AKAN DILUPAKAN....



"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu."

Diploma Sejarah & Tamadun Islam (Universiti Darul Iman Malaysia,KUSZA)
2005-2008

MUTIARA KATA;

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)
  • SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA
  • JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN
IKHLAS; nur samaniah bt. mohamad

MAJLIS HARI RAYA 10 SYAWAL 1429


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429

SEBELUM PERGI RUMAH CIK AIDA KAMI BERAYA DI RUMAH SAMANIAH, JEMPUTAN KHUSUS UNTUK PARA MUSLIMAT USULUDDIN DAN X-SEJATI SAHAJA.... PADA 10.OKT.08 BERSAMAAN 10 SYAWAL 1429.MAKAN MEE KARI BEST SANGAT-SANGAT.DAN KEPADA PARA MUSLIMIN USULUDDIN MINTAK AMPUN DAN MAAF KERANA TIDAK DIJEMPUT.INSYAALLAH KALAU ADA REZEKI....PANJANG UMUR....LAIN TAHUN ADALAH JEMPUTAN..

MAJLIS HARI RAYA KAT UMAH CIK AIDA BELAKANG MASJID PADANG NENAS KUALA TERENGGANU PADA 10.OKT.08 BERSAMAAN 10 SYAWAL 1429.TAPI SAYANG SERIBU KALI SAYANG HASIBAH,SAMANIAH DAN ZAILA TAK DE.....MAKAN BANYAK KOT SAMPAI TAK LARAT NAK POSING..EHEH.. MANISNYA CIK AIDA SENYUM.

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA...

CREATED BY : HAFIZAH HUSNA BINTI SHAFIEE



hayatilah lagu ini....


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Mining Industry. Powered by Blogger